Semuanya berpunca dari sebuah video iklan komersial produk Beauty Umaira yang menampilkan Syasya, Bobo dan Kak Ton. Dalam video berkenaan, produk Beauty Umaira didakwa akan lebih terlajak laris berbanding produk pesaingnya.
Ekoran itu, pengasas produk kosmetik dan kesihatan D�Herbs telah melahirkan kekecewaannya terhadap Fida Ibrahim meskipun status yang dimuatnaik semalam bukan milik pelakon itu tetapi milik seorang penyamar.
Bercakap kepada media hari ini, Fida tanpa berselindung meluahkan perasaan marahnya dengan sikap segelintir yang suka menyibuk dan menjatuhkan maruah orang lain. Mari baca luahan hati Fida Ibrahim di bawah.
"Ni sape pulak ni? Kalau nak popular sangat jangan sampai gunakan nama dan gambar saya. Tak cukup lagi ke nak buat cerita buruk tentang saya?"
"Kenapa ada lagi rakyat Malaysia yang macam ni ya? tak pasal-pasal Dato' Terlajak Laris marah saya pulak. Tolong hentikan walau siapa pun anda kat luar sana yang menggunakan status Fida Ibrahim."
0 comments:
Post a Comment