Monday, 20 January 2014

Ibu Johan As'ari nekad mahu Shila Amzah jadi Isteri anaknya


Ibu Johan As'ari nekad mahu Shila Amzah jadi Isteri anaknya - Nampaknya, ibu Johan As�ari masih berharap Shila Amzah akan jadi menantunya kelak. Buktinya, hubungan penyanyi itu dengan ibu Johan As�ari semakin erat sejak akhir-akhir ini. 

Malah ada yang mengatakan ibu pelakon itu tetap mahu memilih Shila sebagai menantunya pada masa depan. 

Menolak untuk terus dikaitkan dengan Johan, jujurnya Shila mengakui dia selesa untuk hanya dikenali sebagai anak angkat kepada ibu pelakon tersebut. Dia tidak mahu memberi sebarang harapan akan ada hubungan intim dengan jejaka tersebut lagi. 

"Tidak mengapalah saya teruskan hubungan dengan keluarganya. Lagi pun memang kami sudah lama rapat, ia adalah hubungan antara keluarga juga."

Bagaimanapun diuji dengan soalan seandainya jodoh masa depannya adalah dengan lelaki itu, Shila dengan memberikan jawapan yang memperlihatkan sisi kematangannya.

"InsyaAllah tidak akan ada (perkahwinan). Saya lebih selesa menjadi anak angkat keluarga dia sahaja."


Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|