Friday, 24 January 2014
04:25
Isi kandungan surat penceraian Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir
Isi kandungan surat penceraian Nurul Izzah Anwar - Jika semalam anak ketua pembangkang, Nurul Izzah menafikan telah menfailkan penceraian terhadap suami pada akhir Disember tahun lalu, hari ini pula surat penceraian beliau telah didedahkan oleh seorang penggua di laman sosial.
Pendedahan ini seakan-akan menutup mulut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang berusaha untuk menyimpan rahsia penceraiannya sejak beberapa bulan lalu. Tidak diketahui siapa individu pertama yang menyebarkan surat cerai ini namun tindakan sedemikian memang biadap dan tidak patut.
Antara yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah mengenai persetujuan kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan isu perceraian, tuntutan selepas perceraian dan hadhanah anak-anak mereka secara damai.
Menurut surat perjanjian itu, mereka juga bersetuju kes tersebut diselesaikan tanpa membabitkan sebarang perbicaraan di mahkamah. Meskipun begitu, kesahihan surat perjanjian yang tersebar tidak dapat dipastikan setakat ini.
MR: EDITOR
Unknown
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment