Najwa, 18, menjelaskan pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang daripada RM500,000 hasil daripada persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
"Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa."
Najwa ditemui pada Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) di Busana @ Menara Mara, Ahad. Najwa mengulas mengenai laporan yang menyenaraikannya sebagai salah lima artis wanita muda yang mempunyai pendapatan tertinggi di Malaysia.
Bagaimanapun Najwa tidak menafikan ada membeli sebuah kereta dan kondominium di Shah Alam sebagai aset untuk masa depannya.
"Impian saya untuk mempunyai kereta dan rumah sendiri akhirnya terlaksana hasil kerja keras saya selama ini."
Dalam perkembangan sama, Najwa berkata, dia tidak bimbang sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya selepas berita itu disiarkan kerana ia tidak benar.
Kata Najwa, apa yang lebih penting dia perlu sentiasa berpijak dibumi nyata dan meningkatkan motivasi diri supaya dapat menghasilkan lagu yang berkualiti kepada peminatnya.
"Bimbang juga laporan itu disalah erti tetapi ia tidak terlalu memberi kesan kerana apa yang lebih penting perhatian terhadap pengajian di UNITAR dan kerjaya nyanyian menjadi keutamaan saya."

0 comments:
Post a Comment