Tuesday, 14 January 2014
14:42
Pelajar UKM maut jatuh gaung di Hulu Klang, Selangor
Pelajar UKM maut jatuh gaung di Hulu Klang, Selangor - Kegembiraan lapan pelajar universiti mendaki Bukit Tabur bagi mengisi masa cuti Maulidur Rasul bertukar menjadi mimpi ngeri apabila salah seorang daripada mereka maut terjatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.37 pagi itu, Solehah Abd. Rahman, 25, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terjatuh gaung ketika dia bersama lima rakan lelaki dan dua rakan perempuan melalui laluan curam sewaktu hampir sampai ke puncak bukit setinggi 500 meter dari aras laut.
Solehah yang merupakan pelajar jurusan ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur. Menurut rakan mangsa, mereka memulakan ekspedisi mendaki bukit tersebut seawal jam 8 pagi menggunakan pintu masuk Bukit Mas.
MR: EDITOR
Unknown
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment