Wednesday, 15 January 2014

Pelakon Aman Nassim dirayu kahwin Shila Amzah?


Pelakon Aman Nassim dirayu kahwin Shila Amzah - Sebuah akhbar tempatan melaporkan Aman atau nama sebenarnya Abdul Rahman Nassim telah diminta oleh Fauziah Sarman, ibu penyanyi Shila Amzah untuk mengenali anaknya.

Susulan itu, Fauziah Sarman segera tampil kepada media untuk menafikan dakwaan itu dan menjelaskan situasi sebenar. Katanya, kali terakhir beliau bertemu dengan Aman Nassim ialah beberapa hari lalu ketika terserempak dengan pelakon itu di pusat membeli-belah. 

"Kali terakhir kami bertemu pun beberapa hari lalu ketika terserempak di pusat beli-belah. Jadi tidak mungkin saya mengatakan sesuatu seperti itu memandangkan kami hanya terserempak."

Dalam pada itu, Fauziah turut menolak dakwaan kononnya Aman Nassim cuba menggunakan populariti Shila Amzah dan memberitahu semuanya hanya salah faham semata-mata.

"Saya tidak rasa dia berbuat begitu hanya kerana mahu meraih populariti. Mengenali Aman, saya rasa dia seorang yang baik. Lagipun dia masih muda, jauh lagi perjalanannya dalam industri ini."


Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|