Tuesday, 28 January 2014

Punca guru tuisyen pukul dan cakar kanak-kanak 4 tahun di Sri Gombak


Punca guru tuisyen cakar dan pukul kanak-kanak 4 tahun - Hanya selang beberapa hari kes dua orang murid dipaksa makan rumput oleh guru sekolah, kini tersebar pula cerita guru tuisyen memukul dan mencakar kanak-kanak 4 tahun di pusat tuisyen di Sri Gombak.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada kegagalan kanak-kanak berkenaan menyebut huruf ABC dengan lancar sebelum tersekat pada huruf D. Mungkin kerana berang, guru tuisyen itu bertindak ganas memukul anak muridnya sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan.

Selain bertindak memukul, guru terbabit turut mencakar Issac Chan Yi Bing serta merotannya. Difahamkan, guru tuisyen itu sedang sarat mengandung manakala identitinya masih dirahsiakan.

Menurut ibu kepada Issac, Ong Mei Li, 30, perbuatan ganas guru itu menyebabkan belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi. Katanya lagi, Issac dalam keadaan menangis dan ketakutan ketika pulang rumah sekitar pukul 7 malam kelmarin.

�Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif."


Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|