Thursday 30 January 2014
04:31
Punca keretakan rumahtangga Marion Caunter dan suami
Punca keretakan rumahtangga Marion Caunter dan suami - Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, cerita tentang keretakan rumahtangga pasangan Marion Caunter dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasaruddin, menjadi bualan hangat orang ramai.
Ada yang mendakwa, kehadiran orang ketiga menjadi punca hubungan mereka tidak sekukuh seperti sebelum ini.
Menariknya, orang ketiga yang dikatakan sebagai punca itu merupakan seorang pengacara popular industri hiburan tempatan. Siapa agaknya?
Marion Caunter yang ditemui media semalam menegaskan dia tidak mampu menutup mulut orang untuk berhenti dari bercerita mengenai perihal rumah tangganya.
Meskipun begitu, beliau memberitahu tetap mempercayai suaminya dan tidak akan membiarkan spekulasi liar itu merosakkan perkahwinan mereka.
�Saya percaya pada suami, dan dia juga begitu. Hubungan suami isteri yang dibina perlulah berlandaskan kesetiaan dan kepercayaan."
"Biar orang nak bercakap apa saja. Saya adalah seorang yang sangat kuat dan tabah. Selagi hubungan kepercayaan itu wujud, ia takkan goyahkan rumah tangga kami.�
MR: EDITOR
Unknown
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment