Punca sebenar Alvin Tan dan Vivian Lee putus - Berita perpisahan pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee baru-baru ini mengejutkan orang ramai. Tidak seorang pun menjangka hubungan cinta mereka yang begitu erat selama ini boleh putus dengan mudah.
�Saya telah berkira-kira menamatkan semua ini, kerana ia telah berlaku sekali lagi. Jika pembohongan yang berlaku, pendedahan adalah perlu. Sudah tentu, itu lebih mudah berkata daripada melakukannya.�
�Saya sentiasa menolak untuk hubungan yang sama sekali terbuka tetapi dia tidak akan mengambilnya. Itulah yang merunsingkan saya. Dia bertindak seperti jenis eksklusif yang setia namun bukan di belakang saya.�
Meskipun begitu, Vivian memberitahu telah cuba sedaya-upaya menyelamatkan hubungan mereka memandangkan masing-masing masih mempunyai perasaan cinta yang tidak mudah untuk dilupakan.
"Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan hubungan ini. Saya benar-benar inginkan dia. Kami telah bersama selama hampir tempoh dua tahun. Saya rasa usaha saya adalah sia-sia. Beliau nampaknya tidak mahu lagi menyelamatkan hubungan kami.�
Untuk pengetahuan, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee pernah mencetuskan kontroversi dua tahun lalu apabila blog Sumptuous Erotica milik meraka memaparkan banyak gambar dan video seksual mereka.
Pada Julai lalu puna, pasangan ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik sekeping gambar sedang menikmati hidangan sup tulang babi di laman Facebook pada bulan Ramadan.
0 comments:
Post a Comment