Wednesday, 15 January 2014
14:19
Respon Shila Amzah gosip bercinta dengan Aman Nassim
Respon Shila Amzah gosip bercinta dengan Aman Nassim - Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan dengan rakan sesama artis, Shila Amzah sekali lagi dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon baru, Aman Nassim.
Hairan bagaimana gosip ini boleh timbul namun penyanyi itu tampil menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta pula dengan Aman Nassim. Katanya, dia langsung tidak mengetahui tentang cerita itu dan memberitahu hanya menganggap Aman sebagai kawan biasa sahaja.
�Saya mengganggap dia sebagai kawan biasa sahaja. Saya juga turut berkawan dengan pelakon-pelakon lain seperti Azhan Rani, Beto Khusyairi dan Zahiril Adzim. Saya pun kurang pasti bagaimana gosip ini boleh tercetus.�
Untuk itu, Shila Amzah kembali menegaskan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya nyanyiannya dahulu sebelum memikirkan lebih jauh tentang cinta.
�Biarlah saya mengembangkan kerjaya saya sebelum memikirkan soal jodoh. Tetapi, jika ditakdirkan Tuhan dan ditemukan dengan seseorang pada masa akan datang, saya berharap agar lelaki itu mampu menjadi teman hidup yang terbaik untuk saya.�
MR: EDITOR
Unknown
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment