Monday, 10 February 2014

Awas gelombang kedua H1N1

Gambar Hiasan


Rakyat harus lebih peka serta mengambil langkah berjaga-jaga ekoran kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku gelombang kedua H1N1 yang lebih dahsyat.

Perkembangan wabak selesema babi atau H1N1 yang semakin serius sudah memberi petanda bahawa gelombang kedua pandemik itu dengan kesan yang lebih meluas dijangka melanda negara pada musim tengkujuh bermula Oktober ini.

Jika ramalan itu menjadi kenyataan, kerajaan akan mengumumkan perintah darurat kesihatan lebih awal bagi mencegah penularan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, musim tengkujuh tahun ini lebih berbahaya berbanding tahun-tahun terdahulu kerana kecenderungan orang ramai mendapat selesema boleh membawa kepada lebih banyak kes H1N1.

"Kita serah kepada Majlis Keselamatan Negara untuk menentukan waktu terbaik mengumumkan tempoh darurat kesihatan kelak," katanya pada Persidangan Kesihatan Asia 2009 di sini semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata

"Jika gelombang kedua berlaku, virus itu boleh merebak dengan cepat seperti Spanish flu pada 1918 yang juga adalah virus H1N1 dan mengorbankan berjuta-juta orang dalam gelombang kedua. Tetapi yang berlaku sekarang bukanlah H1N1 tulen yang berlaku pada 1918, tetapi satu campuran yang agak lemah dan kita perlu mengkajinya dengan lebih lanjut," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|