Sebelum aku pergi dengan lebih lanjut,aku nak bagitau aku tak peduli korang nak kata aku ni hantu cina ka,kuli cina ka apa2 jalah.. yang aku nak gtaw kat korang.. yang mana duk rasa percaya bulat2 mengenai kes Ditelanjangkan Sebab Hina Islam bawak2 istighfar banyak2. Kita duk marah orang sebab kita duk dengar yang dia ni hina agama,x kira lah dia ni ka, Si alvin tu ka, aku nak tanya, apakah korang masih buta kalau orang melayu islam kita sendiri yang da banyak hina agama islam sendiri dan juga ada bekas pemimpin kita? kenapa x kecoh mcm yang apa terjadi sekarang ni? dan x pasal2 dalam masa yang sama kita nak pertahankan islam tapi kita sebarkan fitnah pula konon nak membela islam.. tanya diri sendiri, nak jadi pejuang islam, dah hafal Al-quran kah? ckup solat 5 waktu? asal ada berita yang semacam ini melatah x tentu pasal kuar "tasbih2" dari mulut masing2.. apa cerita? ada akai ka x? jom baca hal sebenarnya kes ini :
HOT ! MANGSA CULIK TERINAYA...SUDAH DICULIK, DIPUKUL , DIFITNAH DAN DIHINA.....AMAT TAK PATUT?
Saya diculik dan dipukul bukan kerana Alvin dan Vivian kata mangsa culik
HOT ! MANGSA CULIK TERINAYA...SUDAH DICULIK, DIPUKUL , DIFITNAH DAN DIHINA.....AMAT TAK PATUT?
Saya diculik dan dipukul bukan kerana Alvin dan Vivian kata mangsa culik
Pemuda yang diculik sekumpulan lelaki di Shah Alam kemudiannya diserang dan ditulis perkataan `saya hina Islam' di badannya, berkata kesnya itu tidak ada kena mengena dengan isu semasa membabitkan kontroversi gambar blogger seks menghina Ramadan.
Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka.
Ng berkata, beliau terkejut bagaimana gambarnya yang dirakamkan di balai polis boleh lepas ke tangan orang lain dan disiarkan di laman sosial Facebook (lihat diSINI), sebelum keterangannya diambil oleh polis.
"Saya lebih terkejut apabila polis memberitahu saya bahawa kes yang berlaku kepada saya ini tercetus daripada kes blogger seks itu," katanya di sidang akhbar di Klang, hari ini.
"Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka, atau menyinggung sesiapa baru-baru ini," katanya ~ The Malaysian Insider
SUMBER : Kedahkini: HOT ! MANGSA CULIK TERINAYA...SUDAH DICULIK, DIPUKUL , DIFITNAH DAN DIHINA.....AMAT TAK PATUT?
P/s- Kawan2, islam tidak mengajar kita supaya menjadi perkauman atau pun assabiyah, jika ada berita seperti diatas jangan bertindak terburu2 untuk mengeluarkan perkataan kesat atau pon membelasah orang tersebut,cari maklumat dahulu dan kalau benar pon orang tersebut menghina islam, siapa kita nak lakukan sesuka hati nak belasah atau pon selebihnya? adakah dengan tindakan anda mengeluarkan kata kesat kalau Rasululullah S.A.W adakah Baginda bangga dan suka melihat umat Baginda Rasulullah S.A.W begini? adakah Baginda Rasulullah S.A.W mengajar kita berkata kesat terhadap orang yang hampir hilang akalnya?
Sila lah baca kisah dimana ada seorang arab badwi datang ke kawasan tempat Rasulullah S.A.W memberi tazkirah kepada para sahabatnya, lalu arab badwi tu berkata,kalau bukan kerana puak aku yang menahan aku untuk membunuh engkau Muhammad,nescaya aku akan bunuh engkau dulu. Pada ketika ini Umar Al Khattab lantas bangun hendak memancung arab badwi tersebut lalu Baginda Rasulullah S.A.W melarang Umar Al khattab dan berkata, Wahai umar tidak kah kamu tahu yang berlembut itu darjatnya hampir menjadi nabi?. Dalam masa yang sama arab badwi tersebut membawa seekor biawak dhob di dalam baju lengan beliau, dan bersumpah jika biawak ini mengakui siapa engkau Muhammad, maka dia akan memeluk islam.. dan Baginda Rasulullah S.A.W berkata kepada biawak dhob tersebut Dhob tersebut pun menyahut seruan Baginda s.a.w. dengan perkataan yang jelas yang didengari oleh kesemua orang disitu, “Aku menyahut seruanmu dan membantumu wahai perhiasan yang menghubungkan hari Qiamat”. Baginda s.a.w. pun bersabda, “Siapakah yang engkau sembah?”. Jawab dhab tersebut, “Iaitu yang mana di langit ‘arasyNya, di bumi kekuasaanNya, di lautan jalanNya, di Syurga rahmatNya, dan di Neraka seksaanNya”. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda, “Dan siapakah aku?”. Dhab itu menjawab, “Utusan Tuhan sekalian ‘alam, dan menutup bagi sekalian Nabi. Sesungguhnya berbahagialah orang yang membenarkan (risalah)mu, dan rugilah orang yang menolak(risalah)mu”. Maka ‘Arab badwi tadi pun memeluk Agama Islam” - Tengok? sedangkan arab badwi siap nak ugut bunuh Rasulullah S.A.W lagi dan Rasulullah S.A.W melayan arab badwi itu dengan berhemah nak penuh hikmah. Aku nak tanya kita ni sapa nak tunjuk hebat sangat dengan solat 5 waktu pon tak cukup, hafal Al-quran jauh sekali. Oleh itu mulai saat ini aku nasihatkan kepada semua kawan2 aku,kalau ada berita mcm diatas ni,tolong jangan jadi pahlawan melayu badwi, jadi lah seperti Rasulullah S.A.W yang mengajar kita erti keislaman yang sebenar.
0 comments:
Post a Comment