KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengumumkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac depan.Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media PRK Kajang di Menara Dato Onn di sini, sebentar tadi. Muhyiddin berkata, pucuk pimpinan BN sebulat suara memilih Mei Fun kerana beliau pernah berkhidmat dalam kerajaan, berjiwa rakyat dan berpengalaman luas dalam bidang politik. "Kita perlu atur strategi kerana kita sedar lawan yang bertanding juga akan menggunakan platform kerajaan untuk menimbulkan pelbagai isu nasional."Pada PRK Kajang ini juga kita dapat menjelaskan perjuangan BN dengan lebih jelas kepada rakyat Kajang mengenai apakah sebenarnya makna demokrasi yang cuba dimanipulasi oleh segelintir individu," katanya.Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mengumumkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Kajang.Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim minggu lalu juga menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas di situ.
Friday, 21 February 2014
01:32
MR: EDITOR
Unknown
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment