Friday, 21 February 2014

Daging Babi Diletakkan Di Hadapan Pintu Masuk Masjid



Awal pagi ini sebelum subuh seawal jam 5.30 pagi, seorang jemaah yang tiba di Masjid Cherok Tok Kun Atas di sini untuk menunaikan solat subuh terkejut besar apabila hendak memasuki masjid itu mendapati seketul daging diletakkan di hadapan pintu masjid berkenaan. 

Apabila ditelitinya, jemaah berkenaan mendapati bahawa ianya adalah seketul daging babi yang sengaja diletakkan oleh puak puak  kurang ajar ini. 

Berikutan itu, jemaah berusia 78 tahun itu telah membuat satu laporan polis agar perkara itu disiasat.

Walaupun kita tiada bukti celaka mana yang lakukan perkara yang terkutuk ini, tapi apa EP pasti tujuan babi babi ni lakukan perkara tersebut untuk menghina agama dan umat Islam..Dia orang ni nak tengok sangat ke orang Islam mengamuk..Jangan ingat orang Islam diam selama ini bermaksud mereka takut..

Ini bukanlah kali pertama kejadian meletakkan daging babi di masjid dikesan di negara ini. Sebelum ini beberapa kejadian yang serupa pernah dikesan berlaku di beberapa masjid di beberapa buah negeri. Cuma apa yang EP kesalkan ialah sikap kurang prihatin masyarakat Islam sendiri dengan tahap kesedaran yang rendah malahan ada yang lebih menjaga kepentingan politik daripada mempertahankan kesucian agama Islam telah menyebabkan kejadian-kejadian seumpama ini dipandang remeh.


Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|