Gadis bertuah itu dikenali sebagai Sasha dan dikatakan merupakan orang ketiga yang menyebabkan penceraian antara Safee Sali dan bekas isterinya, Sabarina Yusof pada tahun 2012. Hasil perkongsian selama lima tahun itu, Safee dikaruniakan dua cahaya mata iaitu Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2.
Berita perkahwinan penyerang Johor Darul Takzim (JDT) itu mula kedengaran selepas penggiat forum menyebarkan beberapa keping gambar mesra antara Safee Sali dan Sasha serta sekeping gambar kad jemputan perkahwinan mereka yang berlangsung di Kg Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak.
0 comments:
Post a Comment