Wednesday, 12 February 2014

Keputusan Akhir Kejohanan Badminton Dunia 11 Ogos 2013


Keputusan Akhir Kejohanan Badminton Dunia 11 Ogos 2013 - Kejohanan Badminton Dunia 2013 akan menuju ke penghujungnya hari ini apabila saingan peringkat akhir dijangka berlangsung pada jam 1.00 petang nanti di Stadium Tianhe Indoor, Guangzhou, China.

Seperti korang sedia maklum, Malaysia hanya mempunyai seorang wakil di peringkat akhir iaitu perseorangan utama negara, Lee Chong Wei yang terpaksa berhempas-pulas selama satu jam lebih dalam separuh akhir semalam untuk menjinakkan pemain China, Pengyu Du dengan keputusan 20-22, 21-12, 21-15.

Kejayaan Lee Chong Wei mara perlawanan akhir ini menepati ramalan sebelum ini dan bakal menentang seteru utamanya, Lin Dan. Pada peringkat separuh akhir semalam, Lin Dan menewaskan pemain dari Vietnam, Tien Minh Nguyen dengan keputusan straight set, 21-17, 21-15.

Kepada semua peminat badminton tanah air, jangan lupa saksikan pertembungan Lee Chong Wei dan Lin Dan buat kesekian kalinya di saluran Astro Arena 801. Beri sokongan tidak berbelah bagi kepada pemain negara agar dapat melakar kejutan di Kejohanan Badminton Dunia 2013.

Berikut ialah keputusan terkini peringkat akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 membabitkan wakil negara. Keputusan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di bawah untuk informasi kepada peminat yang tidak mempunyai Astro di rumah.

LEE CHONG WEI
[1]
Malaysia21-16, 13-21, 17-20 RetiredLIN DAN

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|