
Keputusan Suku Akhir Badminton Malaysia Open 2013 - Sebentar tadi baru sahaja tamat berlangsung Kejohanan Superseries Badminton Malaysia Open 2013 peringkat suku akhir. Seperti biasa Lee Chong Wei tidak mengecewakan kita apabila berjaya ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pemain Hong Kong, Yun Hu dengan keputusan mudah 21-12, 21-9. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi bagi seorang lagi wakil perseorangan negara, Darren Liew selepas terpaksa tunduk kepada pemain Denmark pilihan keenam, Jan O Jorgensen dalam pertarungan sengit yang berlanjutan sehingga sejam lebih.

Selain Lee Chong Wei, bergu campuran nombor satu negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying juga berjaya ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan rakan senegara, Tan Aik Quan/Lai Pei Jing dengan keputusan 21-13, 21-14. Malaysia juga mempunyai wakil dalam bergu lelaki iaitu Goh V Shem/Lim Khim Wah yang berjaya menjinakkan bergu hebat Korea, Kang Ji Wook/Lee Sang Joon, 21-14, 21-16. Korang boleh tengok keputusan penuh suku akhir Badminton Malaysia Open 2013 yang dipaparkan di bawah.



0 comments:
Post a Comment