JOHOR BAHRU: Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah berkuat kuasa 1 Mac 2014. Sebelum ini, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak empat peratus.
Menurut Khaled, antara dasar penting dalam pembentangan Bajet 2014 ialah usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. "Langkah seperti memperbanyakkan projek rumah mampu milik sememangnya sangat bertepatan. Ini bermakna, kerajaan tidak hanya membiarkan kuasa pasaran menentukan kos rumah," kata menteri besar itu.
Selain itu, dengan memperbanyakkan kedai rakyat 1Malaysia di seluruh negara juga membolehkan rakyat mendapat barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah. "Ini akan memberikan rakyat pilihan dan jika dilaksanakan secara berkesan, akan membantu mengurangkan beban rakyat secara relatif," katanya.
0 comments:
Post a Comment