Monday, 10 February 2014

Kerajaan Pulau Pinang Digesa Bina Pusat Perlindungan Warga Emas

 
Gambar Hiasan


GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang digesa membina pusat perlindungan khusus untuk warga emas bagi menampung peningkatan golongan itu di pusat perlindungan persendirian di negeri ini.

Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Pulau Pinang, Lim Thoon Deong berkata, amat menyedihkan apabila mendapati kini terdapat ramai warga emas hidup merempat di jalanan di negeri ini.

"Ada antara mereka tidur di pasar basah dalam keadaan kesihatan tidak menentu tanpa pakaian bersih dan makanan seimbang. Justeru kita minta kerajaan negeri mengambil tanggungjawab membela nasib mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan 1,000 paket lampin pakai buang kepada Presiden Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang, Datuk Chan Ban Eng di Jalan Masjid Negeri di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang berkata, kebanyakan pusat perlindungan di negeri ini dimiliki badan persendirian dan sumber kewangan mereka adalah hasil sumbangan badan korporat dan derma orang ramai.

Sementara itu, Chan berkata perbelanjaan mengurus keperluan warga emas di pusat perlindungan yang diuruskan itu agak tinggi kerana kebanyakan penghuninya terdiri daripada warga emas berusia lebih 80 tahun dan memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi.

"Sebanyak RM1.5 juta hingga RM1.6 juta dibelanjakan pada setiap tahun untuk membiayai keperluan 250 orang warga emas di sini dalam tempoh setahun dan kesemuanya kita peroleh daripada derma orang ramai dan sumbangan badan korporat dari semasa ke semasa," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|