Saturday, 22 February 2014

Najib Politikkan Hadis Nabi

Hari ini Najib menggunakan hadis nabi untuk kepentingan politnya. Hadis nabi itu merujuk kepada BR1M 3.0 yang dilancarkan oleh kerajaan semalam.

Menurut Najib, pemberian BR1M selaras dengan hadis nabi iaitu islam menggalakkan umatnya membantu meringankan beban yang ditanggung orang lain termasuk melunaskan hutang.

"Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah.

Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama sebulan di masjid.


"Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat," kata Najib dengan bongkaknya.

Najib berkata lagi, beliau tidak kisah dengan sikap pembangkang yang sentiasa mengutuk kerajaan walaupun langkah yang dilakukan kerajaan itu memberi manfaat kepada rakyat.

"Kita pegang pada hadis, Insya-Allah apa yang kita lakukan akan diredai Allah," katanya. 
 
Namun kebanyakan komen-komen di facebook menghentam Najib kerana hanya mengikut syariat Islam apabila berpolitik sahaja tapi pemerintahan negara tidak pula mengikut syariat ISLAM. 

Mereka menganggap sungguh lucu apabila seorang PM mengajar tentang syariat Islam padahal dia sendiri tidak mengikut syariat Islam dengan membiarkan isterinya tak bertudung. Umno baru nak belajar sebut syariat Islam. Kata mereka lagi. 

 


Keratan Sinar Harian

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|