Wednesday, 12 February 2014
23:12
Neelofa kecewa tak dapat hadiah istimewa dari Hans Isaac untuk harijadinya
Neelofa kecewa tak dapat hadiah istimewa dari Hans - Pelakon dan pengacara seksi, Neelofa baru sahaja meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya pada 10 Februari lalu. Pasti ramai yang ingin tahu apa hadiah istimewa yang diperolehi oleh wanita berusia 25 tahun ini, tak gitu?
Ketika dihubungi pada Selasa, Neelofa sempat berkongsi tentang sambutan harijadinya yang diadakan di Pool Bar, Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu. Bagaimanapun Neelofa atau panggilan mesranya Lofa enggan bercerita lanjut tentang hadiah istimewa yang diperolehinya.
Malah Lofa memberitahu dia tidak mendapat sebarang hadiah istimewa daripada teman rapatnya, Hans Isaac seperti sebelum ini.
�Tiada. Saya tak dapat apa-apa yang istimewa pun daripada dia�
Tambah Lofa, apabila usianya menginjak ke usia 25 tahun, dia sebenarnya tidak mahu mengadakan majlis sambutan hari jadi seperti yang diadakan baru-baru ini.
�Saya sebenarnya tidak mahu mengadakan sambutan hari jadi seperti yang diadakan pada Ahad lalu. Maklumlah usia pun dah meningkat. Saya pun sudah berpesan kepada keluarga supaya tidak buat sebarang sambutan."
"Sebelum menghadiri majlis tersebut, emak saya beritahu ia hanya makan malam untuk keluarga sahaja. Tak sangka mereka buat juga sambutan hari jadi dengan menjemput pihak media bersama-sama. Walau apa pun, saya hargai usaha mereka itu.�
MR: EDITOR
Unknown
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment