Rumah persembunyian Noordin di Temanggung, Jawa Tengah yang penuh dengan kesan tembakan pada 8 Ogos lalu.
SERANGAN polis di rumah sewa Noordin di Solo, Jawa Tengah pula menyebabkan binaan itu hampir roboh.
Mereka sebelum itu telah menangkap dua pengikutnya kelmarin dan selepas disoal-siasat, rahsia rumah selamat Noordin, 41, di kawasan kubu kuat Jemaah Islamiah (JI) itu terdedah juga.
Puluhan anggota skuad antipengganas elit Densus 88 dikatakan telah mengepung rumah kayu di tepi belukar itu selama sembilan jam bersama kelengkapan serangan termasuk kereta perisai.
Selepas arahan menyerah diri tidak dipedulikan, mereka menyerang rumah itu sehingga hampir hancur sebaik masuk waktu Subuh pagi semalam dan berakhir dengan empat pengganas terkorban termasuk seorang daripadanya yang disahkan sebagai Noordin.
Laman web Detik.com melaporkan, mayat Noordin ditemui dalam keadaan matanya tertutup, mulut ternganga dan kocek berisi peluru.
0 comments:
Post a Comment