Pelakon Siti Saleha dedah rahsia dan produk kecantikan - Setiap wanita samada yang bergelar selebriti atau tidak mempunyai kecenderungan untuk kelihatan lebih cantik, langsing dan menawan tanpa mengira pangkat dan usia.
Begitu juga dengan Siti Saleha yang kini usianya sudah menjangkau angka 23 tahun. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, penampilan beliau semakin hebat dan menakjubkan sehingga membuatkan admin terpikat.
Pastinya, ramai rakan artis dan wanita di luar sana yang mencemburui kejelitaan Siti Saleha. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apakah jenis produk kecantikan yang digunakan pelakon itu untuk tampil dengan kulit wajah yang putih mulus dan bentuk badan yang cantik serta langsing.
Baru-baru ini, pelakon drama bersiri Nora Elena itu tampil membuat pendedahan kepada media tentang produk kecantikan yang digunakannya serta cara penjagaan kulit dan badan. Mari baca temubual Siti Saleha dengan wartawan media di bawah.
Kulit anda sentiasa nampak mulus dan bersih, apa rahsianya?
Sejujurnya saya tidak mengamalkan apa-apa petua atau rahsia. Alhamdulillah, bukan saya sahaja bahkan adik-adik yang lain juga tidak mempunyai masalah kulit yang serius. Jadi saya hanya mengikut penjagaan rutin seperti orang lain, contohnya membasuh muka dan memakai krim. Malah saya juga sangat mengambil berat dengan produk yang saya ambil dan tidak sewenang-wenangnya mencuba produk lain. Apatah lagi sekarang ini banyak produk yang boleh didapati dari pasaran, jadi saya agak bimbang juga kalau-kalau tersalah produk, walaupun mereka kata ia produk berasaskan kolagen. Macam sekarang, produk SimplySiti juga bagus untuk saya dan saya cakap bukan kerana saya dutanya (ketawa), tapi ia memang bagus.
Selain penjagaan harian, adakah anda melakukan perawatan lain?
Saya jarang lakukan facial, kalau ada pun sudah lama dan ia tidak melibatkan penggunaan alatan, sebaliknya hanya menggunakan tangan seperti urutan wajah. Selalunya saya hanya akan memakai 'mask' seminggu sekali di rumah sahaja. Lebih mudah dan menjimatkan.
Biarpun anda masih muda, namun pernahkah anda terfikir untuk mengambil suntikan suatu hari nanti?
Walaupun saya membesar di bandar, tapi saya tidak berapa arif mengenai hal suntikan. Malah saya rasa tidak memerlukan semua itu nanti kerana saya lebih suka penjagaan secara semula jadi. Kata orang cantik secara semula jadi. Biarpun ada yang mengatakan suntikan ini bagus, tapi mereka kena fikir juga, apa kesan untuk jangka masa panjang sekiranya suntikan tersebut diambil secara berterusan atau mereka hanya mengambilnya untuk sekali sahaja. Seeloknya ambil sahajalah suplemen seperti vitamin C yang turut membantu tubuh dan kulit kita.
Apa pula makna kesihatan bagi anda?
Pada pandangan saya kesihatan adalah senaman dan bagaimana cara kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selalu membuat detox untuk badan dan juga berpeluh. Selain itu juga, amatlah penting untuk mengawal apa yang kita ambil.
Anda selalu bersenam? Gimnasium atau joging jadi pilihan?
Bergantung pada keadaan juga, jika ada kawan, saya akan ke gimnasium. Jika tidak saya hanya akan bersenam di rumah kerana saya ada peralatan yang lengkap. Cuma kadang-kadang saya rasa tak puas bersenam di gim kerana ada penghawa dingin. Kalau di rumah, saya akan tutup kipas atau penghawa dingin dan bersenam sepuas-puasnya. Apatah lagi kalau tidak ada penggambaran, saya pasti akan bersenam.
Adakah anda mengamalkan diet dalam kehidupan seharian?
Tidak. Sejujurnya saya seorang yang kuat makan. Tapi saya kawal pemakanan saya dan saya juga banyak minum air kosong dan makan banyak buah-buahan. Jika saya ambil makanan berat, saya akan pastikan saya bersenam untuk membuang semula jumlah kalori yang saya ambil. Misalnya, kalau saya sudah makan burger, jadi saya akan terus bersenam.
Anda antara pelakon yang sedang bersinar kini dan pastinya mempunyai masa yang terhad. Jadi bagaimana anda bahagikan masa untuk diri sendiri, keluarga dan juga kawan-kawan?
Saya kini tinggal sendiri, jadi jika saya tiada penggambaran, saya akan pulang ke rumah keluarga saya. Kemudian saya juga akan pastikan keluar bersama kawan-kawan. Kalau hidup seorang pun, kita pasti akan tertekan. Apa yang penting kena pandai bahagi masa. Kalau untuk diri sendiri, jika tiada penggambaran dalam tempoh yang panjang, saya pasti akan bercuti ke luar negara kerana itu adalah salah satu aktiviti kegemaran saya.
Jika anda tertekan, apa terapi yang akan anda lakukan?
Di rumah saya ada 'punching bag', jadi bila saya tertekan, saya akan melakukan 'kick boxing'. Selain itu saya juga akan melakukan yoga. Kemudian makan, lepas itu bersenam (ketawa).
0 comments:
Post a Comment