JIKA tiada aral melintang, skuad hoki senior negara bakal mendapat sentuhan pemain berbakat dari Jerman, Kevin Lim bagi menghadapi beberapa kejohanan utama sepanjang tahun ini.
Difahamkan, Kevin bakal disenaraikan dalam skuad senior sekiranya mendapatkan status warganegara Malaysia.
Ini kerana bapa Kevin, Git San adalah rakyat Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang manakala ibunya, Dagmar merupakan warganegara Jerman.
Bagaimanapun, Setiausaha Kehormat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Johari Abdul Aziz berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan berhubung status Kevin bersama skuad senior negara.
"Masih belum ada kata putus lagi kerana kami masih lagi menyelidik status sebenar Kevin. Kami perlu menyelidiknya secara teliti sebelum dia menyertai skuad hoki senior negara. Kami tidak mahu sebarang masalah timbul kelak.
"Dia tidak boleh menyertai skuad negara tanpa sebarang proses penilaian biarpun sah memiliki status kewarganegaraa Malaysia.
"Jika benar, dia perlu berusaha membuktikan dia mampu memikat hati ketua jurulatih (Muhammad Dhaarma Raj Abdullah)," katanya.
Pada 2011, pemain tengah berusia 28 tahun itu beraksi bersama skuad Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) sebagai pemain import.
Kevin juga pernah mewakili Kelab Hoki Berlin (BHC) selama sembilan tahun selain telah membuat penampilan sebanyak 30 kali bersama skuad kebangsaan Jerman sejak 2005.
Sebagai rekod, aksi pertama Kevin bersama Jerman di peringkat antarabangsa ketika kejohanan jemputan empat negara di Nuremburg, 2005 lalu dan kali terakhir pula pada Piala Emas Punjab 2009 di Chandigarh, India.
Skuad senior negara akan berdepan jadual padat sepanjang tahun ini dengan menyertai beberapa kejohanan.
Anak-anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu akan memulakan tugasan pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak dari 13 hingga 23 Mac depan.
Selepas misi di Ipoh, mereka akan menghadapi Cabaran Juara-Juara I (26 April-4 Mei); Kejohanan Dusseldorf Jemputan Empat Negara (15-18 Mei); Piala Dunia (31 Mei-15 Jun); Sukan Komanwel (23 Julai-3 Ogos) dan Sukan Asia (18 September-27 Oktober)
Thursday 27 February 2014
00:23
MR: EDITOR
Unknown
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment