Thursday, 13 February 2014
19:16
Pengarah Syafiq Yusof dihalau keluar di studio FINAS kerana staff main badminton
Pengarah Syafiq Yusof dihalau keluar di studio FINAS - Kontroversi Syafiq Yusof dan krew produksi dihalau keluar dari studio FINAS hanya kerana staff mahu main badminton menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pengarah muda itu.
Syafiq Yusof melalui akaun Twitter telah memuatnaik beberapa status luahan marahnya kepada pihak pengurusan FINAS. Beliau juga turut mempersoalkan fungsi sebenar FINAS dan tujuan asal studio tersebut dibina. Adakah kemajuan untuk filem atau sukan?
Katanya, FINAS sepatutnya menjadi tempat untuk anak-anak filem menjalankan penggambaran bagi menjimatkan kos namun akibat sikap segelintir kakitangan FINAS yang bongkak dan sombong, ramai krew produksi tidak mempunyai pilihan lain selain membuat penggambaran filem atau drama di luar.
Semalam, pihak pengurusan FINAS telah menghubungi Syafiq Yusof untuk meminta maaf di atas kesulitan yang dihadapi mereka. Menurut Ketua Pengarahnya, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah, teguran sudah diberikan kepada kakitangan FINAS yang terlibat.
Permohonan maaf mereka semalam turut disahkan pengarah berusia 21 tahun itu menerusi status baru di akaun Twitter miliknya.
MR: EDITOR
Unknown
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment