Gambar Hiasan
DUBAI: Wanita warga Britain yang didapati bersalah kerana bercium di khalayak ramai di sini enggan mengemukakan rayuan lagi.
Ejen hartanah, Charlotte Adams sebaliknya meminta supaya hukuman penjara 30 hari itu dilaksanakan serta-merta supaya dia boleh meneruskan kehidupannya selepas itu.
Rayuan Charlotte, 26, dan pasangannya Ayman Najafi, 24, sebelum ini ditolak oleh mahkamah kelmarin.
Mereka didapati bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh dan bercium dalam sebuah restoran.
Pasangan itu mendakwa, mereka hanya mencium pipi masing-masing.
Undang-undang Dubai membenarkan mereka mengemukakan satu lagi rayuan tetapi ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan lagi
Charlotte yang terpaksa tinggal di Dubai sejak tiba untuk bercuti dua minggu November lalu berkata: “Saya mahu terus dipenjara. Saya mahu cepat kembali ke Britain. Saya sudah kehabisan wang dan saya tidak boleh bekerja di sini.” Sementara itu, Ayman, juga warga Britain yang bekerja di Dubai berkata, dia akan merayu sekali lagi.

0 comments:
Post a Comment