Isu Langat2 yang selesai semalam selepas termeterainya MoU antara Kerajaan Pusat diwakili oleh PM, DS Najib Razak dan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim satu tamparan hebat buat Ketua Pembangkang a.k.a calon PR di PRK N25 Kajang, Anwar Ibrahim.
Infografik di atas cukup untuk menjelaskan kenapa Projek Langat2 tertangguh sekian lama dan akhirnya rakyat jelata negeri Selangor yang menerima bahana.
Khalid tampil di Putrajaya menandatangani MoU tanpa pengetahuan & persetujuan Anwar Ibrahim, a.k.a Penasihat Ekonomi RM1 Negeri Selangor. Insiden ini jelas menunjukkan ada signifikan dengan kehalobaan Anwar untuk menjadi calon PRK Kajang, seterusnya mengapai mimpinya menjadi MB Selangor.
Calon BN, DP Chew Mei Fun bukan mengharap lebih di PRK Kajang, sekadar membuktikan kesungguhan MCA menarik kembali sokongan kaum Cina dengan misi pengurangan majoriti kepada PKR sudah boleh dianggap sebuah 'kemenangan'. Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim pula tampil dengan misi memecahkan undi Melayu.
ANWAR IBRAHIM -vs- KHALID IBRAHIM
Seperti kita sedia tahu, PRK Kajang cuma satu jalan untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR di Selangor, bersabit pertelingkahan Kem Azmin dan Kem Khalid, sudahnya Anwar mencari jalan mudah dengan usul tamak serakahnya.
Anwar Ibrahim mahu mengantikan Khalid sebagai MB Selangor supaya Azmin Ali tidak terus merengek, membising mengganggu tidurnya.
Khalid Ibrahim yang selama ini membisu tentang segala kemelut yang melibatkan dirinya, semalam memberi signal awal kepada Anwar dengan menjejak tangga Putrajaya menandatangani MoU bersama PM, sesuatu yang pastinya tidak lepas dari persetujuan Anwar, andai saja restu dimohon dulu darinya.
N25 Kajang mungkin tetap menjadi milik PKR selepas 23 Mac nanti, tapi perhitungan sebenar akan berterusan antara Anwar Ibrahim dengan Khalid Ibrahim, membuktikan PKR sebuah parti huru-hara yang tak punya jalan penyelesaian bijaksana untuk mengusaikannya.
Kenapa kelibat isteri Anwar, Dr Wan Azizah masih tidak kelihatan sepanjang sebulan sudah Anwar datang menempel dengan penduduk Kajang? Itulah kekuatan yang ada pada Khalid Ibrahim, Wan Azizah berpihak kepadanya & Anwar sudah pasti terpaksa menerima tentangan yang lebih hebat dari PRK Kajang dalam misinya untuk menjadi MB Selangor.
0 comments:
Post a Comment