Wednesday, 12 February 2014

Ranking FIFA Malaysia November 2012 paling buruk tahun ini



Ranking bola sepak negara, Harimau Malaya nampaknya merosot lagi apabila menghuni di tangga ke-163 berbanding 162 pada Oktober lalu. Keputusan ini berubah selepas skuad negara tewas 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan sabtu lepas (3 November 2012). Kedudukan itu sekaligus dilabelkan sebagai kedudukan paling buruk bagi tahun ini. Berdasarkan kedudukan terkini itu, skuad negara kini setanding dengan pasukan seperti Maldives (160), Samoa (165) serta Afghanistan dan Fiji yang berkongsi ranking ke-167.


Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Vietnam (138), Filipina (143), Thailand (146) dan Myanmar (156). Di peringkat Asia, Malaysia kekal  pada kedudukan ke-27 dari 46 negara.

Pergerakan Ranking FIFA Malaysia bagi Januari - November 2012:
  • Januari - 148
  • Februari -150  
  • Mac - 152   
  • April - 156   
  • Mei - 153  
  • Jun - 154  
  • Julai & Ogos - 157  
  • September - 156  
  • Oktober - 162 
  • November - 163 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|