Rozita Che Wan nafi mengandung, bakal dimadukan - Gosip tentang pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan bakal dimadukan tidak lama lagi ternyata benar dan pasti mengejutkan ramai peminatnya di serata Malaysia.
Bagaimanapun, gosip ini cuma berkisar dalam telefilem berjudul Madu khas terbitan Zeel Production di mana Rozita memegang watak sebagai isteri pertama kepada pelakon Zamarul Hisham dan menggunakan nama Anita.
Bakal ditayangkan pada Ahad jam 10 malam di TV3, telefilem Madu bakal mengupas tentang sisi hidup seorang isteri yang sanggup dimadukan semata-mata untuk menghilangkan kebosanannya seorang diri di rumah.
Buat wanita yang bakal berdepan dengan kemungkinan dimadukan suami, apa kata anda tonton cerita Madu. Macam best je cerita telefilem ini.
Ditanya tentang penerimaan Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, jika dimadukan suami, dia mengakui tidak sanggup. Apapun, dia yakin Zain Saidin tidak akan berbuat demikian kerana percaya suaminya seorang yang baik dan memahami.
“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima. Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-Allah.”

0 comments:
Post a Comment