Saturday, 22 February 2014

Sasakan Naikkan BR1M Kepada RM1,200 Setahun

REAKSI penerima BR1M 3.0, M Vimala, 24 (kanan) bersama rakannya, Maria Abd Razak, 29, berikutan bentuk pembayaran dilaksanakan serentak secara online ke dalam akaun penerima. FOTO Iqmal Haqim Rosman
KUALA LUMPUR: Sasaran kerajaan untuk menaikkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,200 setahun dalam tempoh lima tahun akan datang mampu dicapai sekiranya negara dapat terus memacu pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kestabilan politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pertumbuhan ekonomi negara yang baik dapat membantu kerajaan melaksanakan lebih banyak program pembangunan dan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat.
Untuk menyemak kemasukan BR1M 3.0
"Ketika negara lain berdepan masalah, kerajaan dapat menguruskan negara dengan baik menerusi dasar yang mengukuh dan memacu pertumbuhan ekonomi yang sihat walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu.

"Hasil kecekapan pentadbiran kerajaan, kita dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang begitu baik dan bila hasil negara bertambah, kita dapat agihkan kekayaan itu kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran BR1M 3.0 peringkat nasional 2014 di Sekolah Aminuddin Baki di sini.
Tahun ini, BR1M untuk isirumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah, ditingkatkan dari RM500 ke RM700 termasuk caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50.
BR1M turut diperluaskan kepada keluarga berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000, dengan nilai bantuan sebanyak RM500, termasuk i-BR1M bernilai RM50.

Manakala, individu bujang berumur 21 tahun ke bawah dan ke atas dengan berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai BR1M dinaikkan dari RM250 ke RM300.

Bantuan berkenaan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon bermula hari ini.

Bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|