Monday 24 February 2014

Saya Tidak akan Melutut Dan Minta Maaf!! - Sharnaaz Ahmad

Saya Tidak akan Melutut Dan Minta Maaf!! - Sharnaaz Ahmad


Kuala Lumpur: "Aku dekat lokasi penggambaran. Kalau pasal Nisda (Nisdawati Nazaruddin) dan Fauzi (Fauzi Nawawi), aku tak nak komen, kata Sharnaaz Basir Ahmad, 29, ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Usaha wartawan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian itu gagal apabila Sharnaaz bertindak mematikan talian telefon.

Bagaimanapun, kira-kira 30 minit kemudian dia kembali menghubungi wartawan, namun tetap enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar kejadian itu biarpun diminta berulang kali supaya berbuat demikian.

Sharnaaz mendakwa, semua orang yang terbabit dalam penggambaran berkenaan seperti pelakon, kru dan pengarah mengetahui sikap pasangan suami isteri berkenaan.

"Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka (Nisdawati dan Fauzi). Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media.

Biarlah mereka (Nisda dan Fauzi) memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut (memohon maaf)...., katanya.



Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|