Saturday, 8 February 2014

Uqasha Senrose dakwa Pekin Ibrahim minta putus tunang, batal perkahwinan


Uqasha Senrose dakwa Pekin Ibrahim minta putus tunang - Hanya seminggu lalu pasangan meletop, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose telah mendedahkan akan berkahwin hujung tahun ini dan bersedia untuk menerima sebarang tajaan dari pihak tertentu.

Bagaimanapun, kedengaran pula gosip baru yang mendakwa hubungan mereka kini sudah berakhir dan rancangan untuk berkahwin dibatalkan. Menariknya, Uqasha Senrose sendiri melalui Berita Harian hari ini mengaku perpisahan tersebut adalah atas permintaan Pekin sendiri dengan alasan tiada persefahaman.

�Dia (Pekin) yang minta putus dua hari lalu (3 Februari). Kami tiada persefahaman dan itu keputusan dia. Kalau nak tahu lebih tanyalah sendiri padanya. Hasrat kami untuk berkahwin tahun ini juga nampaknya tidak akan menjadi kenyataan.�

�Saya hanya mampu berserah dan reda dengan keputusan ini. Semuanya soal takdir dan jodoh itu sendiri adalah rahsia Tuhan.�


Tidak mahu terus mempercayai gosip yang tersebar minggu lalu, wartawan Berita Harian bertindak menghubungi Pekin bagi mendapatkan penjelasan dari pihaknya.

Menurut aktor berusia 31 tahun itu, hubungan mereka memang tiada masalah setakat ini dan merasa hairan bagaimana khabar angin mereka putus cinta dan rancangan perkahwinan dibatalkan boleh timbul.

�Hubungan kami masih OK. Pelik juga kalau ada yang cakap kami sudah putus. Hal untuk berkahwin pun masih dalam perbincangan dan tarikh kahwin juga masih belum ditetapkan lagi.�

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|