Gambar hiasan
ROME: Bekas pelacur yang mendakwa bermalam dengan Silvio Berlusconi mungkin dibayar hampir £1 juta (RM5.37 juta) dalam komplot untuk menjatuhkan pemimpin itu, menurut satu majalah dimiliki Perdana Menteri Itali itu.
Sebuah majalah mingguan, Panorama melaporkan, pendakwa raya di Bari, selatan Itali, sedang menyiasat Patrizia D'Addario, 42, atas dakwaan terbabit dalam konspirasi.
D'Addario menolak idea komplot itu sebagai 'khayalan' dan mendakwa dia menjadi sasaran kerana mendedahkan hubungan seks dengan Berlusconi, 73, pada malam Barack Obama menang pilihan raya Amerika Syarikat pada November 2008.
Berlusconi pula menafikan tuduhan dia memberi upah untuk melakukan hubungan seks. Panorama adalah sebahagian daripada empayar penerbitan Berlusconi.
Ia melaporkan, D'Addario dan beberapa rakan rapatnya memiliki beberapa akaun bank di Itali dan luar negara serta memindahkan £1.5 juta (RM8.05 juta) dari Itali ke akaun di Qatar pada Februari 2008, lapan bulan sebelum mendakwa bermalam dengan Berlusconi.
Majalah itu mendakwa, beberapa bulan sebelumnya, hampir £1 juta dimasukkan dalam sebuah akaun bank Itali dikaitkan dengan D'Addario dan pendakwa raya mengesyaki wang itu ganjaran atas peranan yang dimainkan sebagai musuh Perdana Menteri."
Penyiasat dikatakan mengkaji satu pertemuan antara senator sayap kanan Itali Alberto Maritati dengan peguam D'Addario, Maria Pia Vigilante. Maritati, bekas pendakwa raya, menolak isu komplot dan berkata beliau bertemu dengan bekas rakan sekerjanya Vigilante secara tidak sengaja.
Sumber rapat siasatan berkata, mana-mana komplot adalah andaian dan bukan bukti cubaan menjatuhkan Berlusconi. Dalam satu ulasan tunggal rasmi, pejabat ketua pendakwa raya menafikan wujud siasatan ke atas komplot mencemarkan Berlusconi. Bagaimanapun, ia tidak menafikan siasatan lain berjalan.
Panorama tetap dengan pendiriannya dan minggu ini penyiasat Bari yang enggan dikenali dipetik sebagai berkata siasatan dijalankan sama ada D'Addario digunakan oleh mereka yang berkomplot.
D'Addario menegaskan dia mendedahkan kepada umum hubungan itu kerana Berlusconi memungkiri janji untuk membantunya menghabiskan satu pembangunan hartanah yang menyebabkan ayahnya muflis seterusnya membunuh diri. – Agensi

0 comments:
Post a Comment