Monday, 10 February 2014

Isteri Bakar Kemaluan Suami Dibicara Januari



ADELAIDE - Seorang isteri di Australia yang membakar kemaluan suaminya gara-gara cemburu akan didakwa pada Januari depan kerana membunuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Tertuduh iaitu Rajini Narayan, 44, (gambar) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Adelaide pada Jumaat lepas kerana tuduhan membunuh, membakar dan membahayakan nyawa.
Rajini yang juga ibu kepada tiga anak membakar zakar suaminya, Satish Narayan pada Disember tahun lalu.
Satish melecur teruk dan meninggal dunia beberapa minggu kemudian manakala rumah keluarga berkenaan turut rosak dan memerlukan kos $1 juta dolar Australia (RM3 juta) untuk dibaiki.
"Saya merupakan seorang isteri yang cemburu. Zakar suami saya hanya milik untuk saya seorang," tertuduh dilaporkan memberitahu jirannya selepas kejadian tersebut..

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|