KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 kawasan membabitkan 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami catuan air berjadual hanya bermula Khamis ini hingga 31 Mac depan.
Pengarah Eksekutif, Pembangunan Teknikal SYABAS, V Subramanian berkata pengagihan air berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi.
Beliau berkata demikian pada sidang media Notis Pengagihan Air Berjadual di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang di sini, hari ini.
Kawasan terbabit dibahagikan kepada dua zon yang akan bergilir-gilir menerima pengagihan air selang dua hari mengkikut jadual.
Kawasan terbabit dibahagikan kepada dua zon yang akan bergilir-gilir menerima pengagihan air selang dua hari mengkikut jadual.
Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 Kuala Langat dan Sepang serta Zon 2 Hulu Langat pada 27 Februari ini.
Selepas itu, kawasan di Zon 1 Hulu Langat serta Zon 2 Kuala Langat dan Sepang akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 1 Mac nanti.Pada hari dijadualkan mendapat air, bekalan air disediakan pada jam 4 petang sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi dua hari selepas itu.
Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi pada hari dijadualkan tiada air sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu.
Subramanian berkata, pengumuman SYABAS itu sekali gus menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa catuan air akan dimulakan hari ini.
Beliau berkata, ini kerana sebarang keputusan membabitkan rancangan pengagihan air berjadual perlu mendapat kelulusan Surahanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Pelan berkenaan mendapat kelulusan SPAN semalam, jadi memerlukan notis sekurang-kurangnya dua hari, justeru kenyataan Khalid bahawa catuan air bermula hari ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya pengguna terbabit,
0 comments:
Post a Comment