Umie Aida dan suami serta Erma Fatima ketika menemani Erra di mahkamah.
Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Begitulah juga apa yang dirasai pelakon, Datin Paduka Umie Aida, ketika ditanya perasaannya apabila teman baik dan rakan seperjuangan, Erra Fazira, berdepan dengan perceraian.
Biarpun hanya mata yang berat memandang berbanding bahu yang memikul, namun penderitaan yang dilalui bintang jelita itu, terutama apabila kisah perceraiannya menjadi bahan sendaan ramai, tetap memberi kesan dalam diri pelakon serba boleh terbabit.
Malah, Umie secara terangan menyelar sikap sesetengah pihak yang bersikap tidak peka dengan memperlekehkan teman baiknya.
“Sebagai seorang kawan, tentunya saya rasa sedih dan kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mempersendakan serta mempermainkan situasi dilalui Erra. Jika kita tidak tahu apa yang berlaku, janganlah kita memandai-mandai membuat tuduhan yang kita sendiri tidak pasti kebenarannya.
“Mujurlah Erra seorang yang kuat. Ditambah dengan kesibukannya membuat persediaan sempena Konsert Teaterikal Suara Kita bulan depan, sedikit sebanyak ia mengurangkan perasaan sedihnya itu,” ujar Umie ketika ditemui selepas menjayakan bengkel Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Tuesday 25 February 2014
05:33
MR: EDITOR
Unknown
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment