Klang: “Bukan saya bang (abang), tolong jangan pukul saya bang,” antara rayuan seorang lelaki yang menangis selepas dicekup orang ramai ketika cubaan melarikan Toyota Estima diparkir berhampiran pusat membeli belah Aeon Jusco, Bukit Tinggi, gagal.
Kejadian jam 3 petang kelmarin, dirakam orang ramai di kawasan pusat beli-belah itu sebelum rakamannya tersebar melalui laman sosial.
Difahamkan, suspek memecahkan tingkap belakang kiri dan kanan kenderaan terbabit sebelum dicekup orang awam kebetulan melalui kawasan itu.
Berdasarkan rakaman tiga minit 33 saat itu, lelaki berusia 20-an terbabit diikat dengan tali sebelum dibaringkan di tepi jalan raya.
Tidak cukup dengan itu, suspek ditendang dan ditumbuk orang awam kerana tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit, namun dihalang seorang lelaki yang juga menyaksikan penahanan itu dilakukan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, anggotanya tiba di lokasi kejadian sebelum melakukan tangkapan semula terhadap lelaki berkenaan.

0 comments:
Post a Comment