Saturday, 15 February 2014

5 Mat rempit tak dapat lari, 33 motor disita



Antara penunggang motosikal yang diperiksa ketika Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Besraya, lewat malam kelmarin.

SERDANG – Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Dua lelaki yang sebelum ini melaram dengan motosikal curi dicekup dalam Ops Samseng Jalanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, awal pagi semalam.


Dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram di Lebuhraya Besraya itu, 33 motosikal disita dan 45 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, operasi diketuai Ketua bahagian Ketenteraman Awam/Trafik IPD Serdang, Deputi Superintendan Ramsay Anak Emboi menahan 133 motosikal yang terbabit dalam kegiatan lumba haram.


Beliau berkata, pihaknya kerap menerima maklumat mengenai aktiviti mat rempit di sepanjang laluan tersebut terutama pada hujung minggu.


Mat rempit tersebut katanya, akan menunggang secara berkumpulan dan menghalang lalu lintas sekali gus menimbulkan ketakutan kepada pengguna jalan raya lain.


Semua yang ditahan cuba melarikan diri namun tidak berjaya berbuat demikian apabila semua jalan dan lorong dikepung 62 anggota termasuk Cawangan Narkotik dan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) IPD Serdang.


“Sembilan daripada 159 penunggang didapati positif ujian saringan air kencing. Dua daripada mereka ditahan memiliki motosikal yang dipercayai dicuri,” katanya.


Beliau berkata, penunggang didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.


Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Seri Kembangan untuk tindakan lanjut.
 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|