Gambar Hiasan
MOSCOW: Polis Russia menangkap tiga penduduk yang tidak berumah kerana disyaki memakan seorang lelaki 25 tahun.
Mangsa dikatakan disembelih suspek berkenaan yang menjual bahagian lain mayatnya kepada sebuah kedai menjual kebab berhampiran.
Perasaan curiga mula memuncak ketika anggota badan yang dipotong seperti tubuh manusia dijumpai berhampiran sebuah hentian bas di luar pinggir bandar Russia di Perm, 1,150 kilometer timur bandar ini.
“Tiga lelaki tanpa rumah dengan rekod jenayah sebelumnya ditahan kerana disyaki menyerang mangsa menggunakan pisau dan tukul sebelum memotong mayatnya untuk dimakan,” kata penyiasat tempatan dalam satu kenyataan di laman web www.susk.perm.ru.
“Selepas melakukan jenayah itu, mayat terbabit dibahagikan, sebahagiannya dimakan dan yang lain turut dijual kepada sebuah gerai menjual kebab dan pai,” kata unit siasatan utama pendakwa raya awam bagi rantau Perm dalam kenyataan dikeluarkan Jumaat lalu.

0 comments:
Post a Comment