RIYADH - Sebuah mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan 1,000 sebatan ke atas seorang rakyatnya, Mazen Abdul-Jawad, 32, kerana dia bercerita mengenai aktiviti seksnya dalam satu program bual bicara televisyen, kata seorang peguamnya semalam.
Menurut peguam Mazen, Sulaiman al-Jumeii, anak guamnya itu tidak mengetahui perbualannya dengan wartawan program bual bicara Bold Red Line terbitan Perbadanan Penyiaran Lebanon (LBC) telah dirakamkan untuk disiarkan pada 15 Julai lalu.
Sulaimen berkata, dia merancang untuk membuat rayuan dan yakin hukuman terhadap Mazen yang termasuk larangan perjalanan dan bercakap kepada media selama lima tahun selepas pembebasannya akan dibatalkan.
Program itu yang dapat ditonton di Arab Saudi mencetuskan kritikan ramai penduduk menyebabkan sejumlah 200 orang memfailkan aduan terhadap Mazen yang bertugas dengan syarikat penerbangan Saudia.

MAZEN menunjukkan bilik tidurnya dalam program Bold Red Line.
Selepas program itu disiarkan, kerajaan Arab Saudi mengarahkan dua buah pejabat cawangan LBC di negara itu ditutup dan menangkap Mazen serta tiga lelaki lain yang terlibat dalam perbincangan terbuka berhubung seks dalam program itu.
Ketiga-tiga lelaki itu kemudian dihukum penjara dua tahun dan 300 sebatan.
Program Bold Red Line itu menyiarkan kenyataan Mazen bahawa dia menjalin hubungan seks buat pertama kali semasa berumur 14 tahun.
Mazen kemudian membawa penonton memasuki bilik tidurnya dan menunjukkan patung mainan seks.
Menurut peguam Mazen itu, anak guamnya membuat kenyataan tersebut dengan merujuk kepada pengalaman seksual orang lain manakala anak patung seks dibekalkan oleh stesen televisyen terbabit.

0 comments:
Post a Comment