Fazura dedah Ultra Color Ab�solute untuk bibir menggoda - Pastinya setiap wanita yang bergelar artis mahu memiliki bentuk badan yang langsing, kulit yang putih melepak dan mulus serta bentuk dan warna yang mata menawan.
Untuk menambahkan keseksian penampilan wanita, bibir juga perlu dicantikkan dengan make-up agar kelihatan menggoda. Oleh sebab itu, pemilihan jenis produk dan warna gincu yang sesuai sangatlah penting.
Baru-baru ini, pelakon terkenal Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 30, telah berkongsi rahsia produk kosmetik yang digunakannya untuk mencantikkan bibir. Produk gincu itu diberi nama Ultra Color Ab�solute dan baru sahaja dilancarkan.
Khabarnya, produk ini mula dijual di pasaran pada harga RM19.90 bagi Semenanjung Malaysia, dan RM22.90 di Sabah dan Sarawak.
Berkongsi pendapatnya tentang kepentingan bibir menggoda, Fazura memberitahu produk kosmetik Avon Color bakal menyerlahkan penampilan diri wanita.
�Setiap wanita sama ada suri rumah mahupun yang berkerjaya memang mengimpikan penam�pilan menawan dan meng�goda. Apatah lagi, bukan sekadar memiliki kulit mulus serta mata menawan, penjagaan bibir juga diutamakan."
�Oleh itu, bagi memberi inspirasi kepada wanita untuk mencapai impian ini, produk kosmetik Avon Color pasti membantu menyerlahkan lagi penampilan diri.�
0 comments:
Post a Comment