Friday, 14 February 2014

Sudah dikritik Chef Wan, MAS masih hidang nasi lemak telanjang


Sudah dikritik Chef Wan, MAS masih hidang nasi lemak telanjang - Nampaknya hidangan nasi lemak di dalam kapal terbang semakin mendapat sambutan penumpang sejak dikritik hebat Chef Wan bulan lalu.

Sebelum ini, pihak atasan MAS memberi alasan kesilapan teknikal ialah punca kenapa hidangan nasi lemak mereka tidak dilengkapi dengan ikan bilis, kacang tanah dan timun.

Bagaimanapun, jika penumpang mengharapkan set lengkap nasi lemak bakal dihidangkan selepas dikritik hebat Chef Wan, mungkin anda perlu melupakannya.

Ini kerana, mengikut pengalaman aktivis sosial Josh Hong yang mengambil penerbangan MAS dari Jakarta ke Kuala Lumpur beberapa hari lalu, dia mendapati nasi lemak yang disediakan masih tiada kacang tanah, timun dan ikan bilis.

Kekecewaan Josh Hong itu diluahkan beliau menerusi di akaun Facebook miliknya dengan caption berbunyi "Sejuk di udara kerana masih telanjang!" dan turut disertakan dengan sekeping gambar.

Daripada gambar yang dikongsikan, kita boleh lihat dengan jelas nasi lemak itu hanya ada separuh telur rebus dan sambal bercampur dengan udang.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2014 Gosip-Gosip.

|