Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan senario politik pada masa ini lebih tertumpu untuk merebut kekayaan dan tidak lagi menumpukan kepada tugas sebenar sebagai ahli politik.
Bekas perdana menteri berkata berada dalam parti politik bukan untuk mengayakan diri tetapi sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negara.
"Apabila kita semua miskin, kita bersatu padu kerana kita perlu pertahan diri kita. Sekarang ini, negara kita agak lebih kaya daripada dahulu dan kekayaan ini mempengaruhi kita dan masing-masing ingin merebut kekayaan dan tidak lagi menumpukan kepada tugas sebenar sebagai ahli politik dan parti politik.
"Kita berada dalam parti politik bukan untuk mengayakan diri tetapi untuk membangunkan negara dan daripada pembangunan itu, kita akan dapat bahagian kita dan pihak lain akan dapat bahagian mereka.
"Jika kita guna kuasa politik untuk diri kita, ini salah. Ini bukan tujuan politik sebenarnya, politik adalah berkenaan pentadbiran negara memajukan negara tetapi ada yang mendapat kuasa, salahgunakan kuasa itu untuk kepentingan diri. Ini yang menjadi masalah sekarang," katanya ketika ditemu bual menerusi program Dalam Radar Khas terbitan Bernama Radio24 di sini hari ini.
Menjawab soalan pemanggil mengenai beliau tidak sepatutnya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum mencapai Wawasan 2020, Dr Mahathir berkata ketika beliau masih menjadi perdana menteri, ramai berpendapat eloklah 'orang tua' ini bersara dan memberi peluang kepada yang muda.
"Suara-suara ini semakin lantang, walaupun tidak begitu jelas kepada semua orang tetapi saya sedar bahawa tiap seorang yang duduk terlalu lama di satu jawatan akan dibenci oleh orang lain walau apa pencapaian sekalipun.
"Ada yang berpendapat, jika diadakan pertukaran kepimpinan, negara akan menjadi lebih maju sebab itu pada 2004 (pilihan raya umum), kita dapati sokongan rakyat jauh lebih baik (kepada pemimpin Barisan Nasional) daripada kepada saya sendiri," katanya.
Beliau berkata harapan mereka ialah kepimpinan baharu itu akan membawa perubahan yang lebih baik tetapi apabila dilihat dasar-dasar yang dibawa
kepimpinan baharu itu tidak begitu baik dan prestasi merosot, rakyat hilang kepercayaan.
"Dan kita lihat pada 2008 (pilihan raya umum) sokongan rakyat sudah berkurangan. Pada masa saya jadi perdana menteri tak mungkin saya tahu ini akan berlaku. Saya fikir pertukaran mesti bawa perubahan tetapi kita tidak dapat teka dengan tepat, apa dianya perubahan, ke arah kemajuan atau kemunduran," katanya.
Mengenai budaya menggunakan media baharu untuk memberi kritikan terhadap kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau mengadakan blog sendiri kerana mendapati beliau disingkir dan berlaku sekatan terhadap dirinya.
"Saya tidak faham kenapa kerana saya dengan rela hati memberi kuasa saya kepada orang lain. Pada masa itu, saya dapati blog sukar untuk disekat sebab itu saya gunakan blog iaitu media baharu ini untuk menyuarakan pendapat saya," katanya.
Mengenai impak pembatalan projek mega seperti jambatan bengkok di Johor, Dr Mahathir berkata tindakan itu mengurangkan keyakinan rakyat kepada kebolehan pemerintah kerana pemerintah yang tidak dapat menjayakan sesuatu perancangan yang dianggap menguntungkan rakyat, pandangan rakyat ialah kerajaan lemah dan tidak berpegang kepada janji.
"Ini merosakkan imej pemerintah jika kita tidak tunaikan janji-janji kita dengan alasan kononnya tidak ada wang dan sebagainya yang tidak disokong dengan fakta," katanya.
Mengenai kenaikan kos sara hidup, Dr Mahathir berkata kenaikan cukai dan pelbagai tindakan kerajaan yang boleh menyebabkan kos sara hidup meningkat turut berlaku semasa pemerintahan beliau tetapi pemantauan dilakukan untuk mengelak peniaga mencari peluang untuk menaikkan harga barangan.
"Jika harga minyak naik 10 peratus, mereka juga menaikkan harga barangan mereka sebanyak 10 peratus atau lebih sedangkan minyak menyumbang mungkin hanya 10 peratus sahaja daripada kos mereka.
"Sebab itu kita lihat sekarang ada pemantauan daripada kerajaan supaya tidak ada pihak yang mengambil untung yang bukan-bukan kerana alasannya kerajaan menarik balik subsidi dan sebagainya. Sebab itu, kerajaan mengenakan syarat semua penjualan mesti ada label harga," katanya.

0 comments:
Post a Comment